Khamis, 26 Februari 2015

Kampung Halamanku [ Koris ]

sejarah dan motto kampung.

MOTTO : KORIS KE ARAH KECEMERLANGAN

SEJARAH

Kg. Koris adalah bersebelahan dengan Kg Tanjung Labuh Kg Bukit Batu. Ia terltak bersebelahan jalan utama dari Batu Pahat ke Rengit seterusnya ke selatan iaitu kira-kira 11 km dari Majlis Perbandaran Batu Pahat dan 20 km dari Rengit.

Asal nama Koris adalah dari Sungai Koris yang dahulunya berlengkuk-lengkuk dari muara hingga ke hulu yang seakan menyerupai bentuk keris. Sebutan Kerisorang dahulu kini menjadi koris.

Kg koris adalah jajahan dari Kg Bukit Batu dan Sungai Lurus. Pada tahun 1998 penyusunan semula kampong telah menjadikan Kg Koris sebuah pentadbiran kampong baru dibawah pimpinan Ketua Kampung Encik Sulaiman Bin Othman mulai tahun 1999 hingga 2001kerana beliau telah meninggal dunia. Pada tahun 2002 Kg Koris dipimpin pula ole Ketua Kampung yang baru iaitu Tn. Hj. Sahri Bin Hj. Tumin sehingga sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan